Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jana Pendapatan Dengan Menjadi Rakan Niaga MYNIC

Tahun ini genap 9 tahun kami menggunakan domain .my. Domain ini merupakan domain yang dikendalikan MYNIC iaitu sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia. Lebih dari sekadar menjual domain, MYNIC turut menawarkan pelbagai produk IT yang lain yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini.

Selain dari domain, MYNIC turut menjual produk-produk IT lain terus kepada pengguna. Antara produk tersebut termasuklah khidmat hosting laman web, e-mel, antivirus, cloud storage dan juga sijil keselamatan SSL. Di laman Amanz sendiri kami sebelum ini telah mempromosi program mereka seperti iChoose.MY dan juga Pakej BOB iaitu Bisnes Online Bundle yang merupakan kombinasi laman web dan emel serta hosting laman web.

Sekiranya anda merupakan pemilik syarikat IT atau ingin menambah penawaran perkhidmatan dan produk yang sedia ada, MYNIC kini akan bergerak bertemu anda bagi sesi taklimat khas bagi program .MY Partner. Program ini membolehkan anda menjadi rakan niaga MYNIC, malahan paling mengujakan ada rakan niaga MYNIC yang mampu memperoleh pendapatan tahunan sehingga RM 10 juta setahun.

Sesi taklimat ini akan diadakan pada tiga lokasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang :

  • KL/Selangor: 18 April 2017 – Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya
  • Johor Bahru: 20 April 2017 – Double Tree by Hilton, Johor Bahru
  • Pulau Pinang: 25 April 2017 – Sunway Hotel, George Town

Sekiranya anda berminat menyertai sesi taklimat khas ini anda boleh mendaftar menerusi:

  1. SMS atau WhatsApp: Taip <DAFTAR> dan hantarkan kepada 010 431 5592 atau
  2. E-mel kepada sales@mynic.my

Dan jika ketiga-tiga lokasi dan tarikh di atas tidak bersesuaian, pihak MYNIC juga boleh mengadakan sesi khas di negeri lain bergantung kepada permintaan.

Untuk maklumat lanjut emel ke sales@mynic.my.

Penafian: Advertorial dari MYNIC



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jana Pendapatan Dengan Menjadi Rakan Niaga MYNIC"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info